Wednesday, May 5, 2010

Saya Mestilah Muslim Di Sudut Keluarga


(Dipetik dari buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam ? oleh Dr. Fathi Yakan)

Keluarga adalah asas kebahagian. Hanya orang-orang yang menentang naluri kemanusiaan yang tidak mahu berkeluarga. Tanpa keluarga bahagia, tidak ada ketenteraman di dalam hati kita. Sebagai seorang muslim, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita membina sebuah rumahtangga muslim. Dengan itu sebagai seorang muslim, saya mesti berusaha untuk melakukan perkara berikut:

  1. Perkahwinan saya mestilah kerana Allah, yakni dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang soleh, keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu berterusan.

  2. Saya berkahwin supaya dapat menjaga pandangan saya dan menjaga kehormatan saya di samping saya dapat bertakwa kepada Allah.

  3. Saya mesti bijak memilih isteri/suami yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring jalan dengan saya.

  4. Saya akan memilih isteri/suami yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama, walaupun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan orang lain.

  5. Saya mestilah bersikap baik kepada isteri/suami saya dan bergaul dengannya dengan pergaulan yang mesra. Semoga dengan itu akan tumbuh rasa kepercayaan diantara kami berdua.

  6. Hubungan saya dan isteri tidaklah terbatas dalam hubungan syahwat malah hubungan ini mestilah dapat mewujudkan persefahaman dalam pemikiran, jiwa dan kasih sayang. Kami akan sama-sama, membaca, menunaikan sebahagian dari ibadat bersama-sama, menguruskan urusan rumahtangga, meluangkan satu waktu untuk kami bergurau-senda.

  7. Hubungan saya dengan isteri mestilah dalam batas lingkungan syarak, tidak menjatuhkan nama baik Islam atau perkara yang diharamkan Allah.

  8. Saya akan memastikan dan memandang berat soal pentarbiahan dan pendidikan anak-anak dengan tarbiyah dan pendidikan yang baik dan akan menyediakan segala bentuk keperluan ke arah itu.

1 comment: