Tuesday, May 11, 2010

Jika Anda Ibu Bapa - Jadilah Ibu Bapa Teladan


(Dipetik dari buku Kunci Kejayaan Minda oleh Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni)

Sering kali terjadi salah tanggapan sesetengah pihak bahawa ilmu keibubapaan lahir serentak dengan kelahiran anak.

Kemahiran keibubapaan bukan lahir secara “kebetulan” apabila bergelar bapa. Seorang bapa perlu belajar daripada kursus-kursus, pembacaan, pengalaman dan penghayatan yang berterusan.

Tanggungjawab ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan jika dilambakkan segala harta dunia, masih belum tertunai amanah Allah kepada ibu bapa. Tugas ibu bapa meliputi keperluan rohani dan jasmani anak-anak.

Ibu dan bapa misali menjadikan anak dan keluarga sebagai inspirasi untuk terus gigih bekerja dan sebagai penenang jiwa dan penyejuk hati. Sedangkan bapa yang tidak bertanggungjawab menganggap keluarga satu beban dan menambah tekanan jiwa.

Apakah ciri-ciri Ibu Bapa Misali?

  1. Mengingati Allah s.w.t pada setiap ketika supaya dipelihara keturunannya dan memperbaiki dirinya dengan cara berdoa dan memohon kepada-Nya.

  2. Menjaga anaknya dengan baik, iaitu dengan menerangkan hak-hak Allah s.w.t, menghormati peraturan-peraturan-Nya dan menyemaikannya dalam diri mereka.

  3. Memelihara keluarganya daripada fitnah. Dia menghapuskan perkara-perkara yang dapat merosak dan menghancurkan rumah tangganya.

  4. Mengawasi akidah, akhlak dan perilaku anak-anaknya baik di rumah mahupun di sekolah.

  5. Memerhatikan siapa kawan-kawan anak anda supaya mereka dikelilingi oleh teman-teman yang baik.

Ibu Bapa sebagai Role Model

  1. Menjadi contoh bagi anak-anaknya dalam perkataan dan perbuatan supaya perkataannya menepati perbuatannya.

  2. Bermain dengan anak-anaknya, baik yang besar mahupun yang kecil dan berusaha menjadi teman yang baik.

  3. Berusaha supaya tidak meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama kecuali dalam keadaan terpaksa. Sebaliknya perlu ada komitmen untuk meluangkan waktu bersama keluarganya, menyampaikan nasihat dan peringatan bersama mereka.

  4. Memerhatikan perkembangan pembesaran anak dalam rangka untuk mendidik mengikut kesesuaian mereka dengan cara menasihati, bercerita atau membuat perumpamaan.

  5. Menghindari bermewah-mewah kerana itu merupakan sumber kerosakan. Menghindari hidup berlebih-lebihan kerana itu adalah fitnah.

  6. Menghindari hidup lalai kerana itu sumber malapetaka.

  7. Membiasakan mereka menghafaz al-Quran bermula dari kecil.

  8. Mencegah anak-anak daripada meniru perilaku orang kafir.

  9. Menegah anak-anak berteman dengan orang yang melakukan maksiat.

  10. Menegah anak-anak meniru gaya wanita (bagi anak lelaki) dan sebaliknya.

ANAK ANDA tidak mendengar apa yang anda cakap tetapi sentiasa melihat apa yang anda lakukan.”

No comments:

Post a Comment